Saturday, April 14, 2012

Tajuk pilihan

Kadang kita tak sedar yang sebenarnya hidup ini bukan untuk kita menikmatinya. Ianya lebih pada tempat persinggahan. Tempat kau mahu belajar erti kasih sayang, cinta, pengorbanan dan liku2 hidup yang normalnya tidak seindah yang dicerita dan tidak seburuk yang disangka. Cuba fikir logik. Tempat yang bernama dunia ni tuhan cipta, kalau dia boleh cipta kita sempurna inikan pula tempat penghidupan kita. Indah sangat. Ye aku tau. Aku bukan seorang penulis yang hebat dan mampu mengubah dunia yang dianggap realiti ini kepada norma kehidupan yang pasti. Tapi aku sering kali dihadapkan dengan masalah utama yang membelahkan dua negara mahu pun membelah dua sahabat. Jawapannya satu. Hati. Mungkin sekarang ini adalah masa untuk hati2 manusia yang mempunyai aura memikat dipikat menipu dan ditipu untuk bermain sandiwara. Apa maksud aku? . Kalau kau rasa kau dah punyai seorang yang istimewa jangan sesekali cabar diri sendiri untuk tambah seorang lagi. Maksud aku, kalau hati kita dah dimiliki. Kenapa masih mahu membuka pada yang lain? Dan kemudian, hati yang kau sayang setelah beberapa ketika, hancur? Luluh? Dan kau adalah punca segalanya. Mana boleh macam tu. jadi Jangan mulakan sesuatu yang kau sendiri tak oleh nak habiskan. Binasa hati kau. Aku rasa syukur, aku ada seorang yang memang selalu aku gelar karekter utama. Weh. Kalau nak diikutkan. Dahlama dia tinggalkan aku. Aku manusia biasa dan lelaki biasa cuma aku bukan lelaki yang baik. Perangai aku memang bangsat. Kehidupan aku liar, nafsu aku kejarkan. Tapi aku syukur. Dia masih disitu dan terus mencintai aku sejak 3 tahun yang lalu. 3 tahun. Gila. Mana layak aku dicintai. Dia sempurna dalam pandangan aku. Peribadi yang aku rasa kalau lelaki lain nampak mungkin akan jatuh hati. Untuk kali ini. Ak masih mengaku. Cantik mana seseorang perempuan itu. Hebat mana perempuan itu, wangi mana perempuan itu, besar mana tetek perempuan itu, sekaya mana perempuan itu, tinggi mana ilmu perempuan itu aku sentiasa sematkan. Aku dah bahagia, tak perlu semua itu. Bukan itu pun yang akan bawa aku ke arah kegembiraan. Aku terengar bisik hati kau. Ye kau lah. Bagaimana suatu hari nanti jika perempuan yang aku sayang sekarang ini akan pergi tinggalkan aku? Soalan kau begitutajam. Aku boleh cakap and cerita bagaimana aku akan jatuh terduduk tersungkur jika kau tanya aku 2 tahun yan lepas, sebab aku tak sematkan dalam diri aku. Semua ini milik Allah. Semuanya. Dan jika terputusnya aku dan dia. Bermakna tuhan ada perancangan yang lebih baik unuk kami, cuma kami kena kuat dan sentiasa ingat. allah punyai segala2nya. Tetap kau kena ingat. Kalau kau minta and doa betul2. InsyaAllah akan Allah olong bukan? Kenapa kita tak cuba lebih kuat dai apa yang kita cuba sekarang? With love.

No comments:

Post a Comment