Thursday, April 26, 2012

ludah.

Lalang bukan baik. Kadang Kiri kadang kanan. Bahu bukan hebat mana pun, kadang kuat kadang lemah. aku bukan hebat pun. Memang pun

RUMAH LAH!

Tempat paling baik sekarang ini? Rumahlah. apa lagi mahu mu wahai sahabat. Aku jauh simpang la. Aku tak didik dia betul, kalau dulu aku tak patut takut yang satu hari dia akan berubah. berubah dari dunia berseorang kepada berkawan. Kawan2 dia. aku tak yakin untuk kata mereka akan menyokong aku. yang aku yakin mereka akan kata, kau tinggalkan saja, dia ada degree lebih baik. Kita ada degree lebih baik. Boleh keluar malam minum arak berdansa dengan lagu kemudian boleh ada ramai lelaki. BANGSAT. Aku dah cakap. Bidadari aku dah tak jadi bidadari. Lebih baik undur diri. Yang dia cari keriangan. Kalau dulu sembangnya lebat, kaulah yang satu. Sekarang, kaulah yang keseribu. Dan aku masih menunggu. Aku nak lihat. jauh mana dia benar berubah. Pelajaran bukan sesuatu yang baik. Celaka. Hanya bila kita kehilangan. Cinta itu. Minta2 Tuhan tidak hilang cinta pada kita.

Wednesday, April 25, 2012

Sakit? enjoy weh

Susahkan. Hidup ini penuh dengan kegembiran sebenarnya. Walau sakit ianya masih mengembirakan. Cuma manusia itu sendiri yang mempunyai sikap . Membosankan.

Monday, April 23, 2012

dangdut busuk.

kanan kiri aku tengok lenggok lagu. Berdentum dentam bass musik mainkan. Tapi aku masih mencari. bukan ini ayunannya. Bukan ini iramanya. Jauh melimpang tersimpang. mana musik dahulu itu? iramanya lembut seperti perempuan melayu yang dikategorikan wanita manis anggun. Kadang2 mencari itu tak salah cuma biarlah ia kena dengan apa yang dicari. Kau pernah tengok orang asyik bercakap tentang cinta? aku dulu pernah cakap pasal cinta. hakikatnya? cinta itu datang bila kita mencintai yang berkuasa. Yang matinya tidak yang tidak perlu didudkung olrh apa2 kuasa kerana semuanya milik dirinya sendiri. di pinjamkan hati. supaya kita mengerti. Cintai tuhan. Kemudian tuhan akan beri kau masa untuk cintai manusia. ingat. cinta bukan untuk dicari. Hidayah wajib.

tempiak muka,

rupanya2 aku sedang takut dengan bayangan si karekter utama yang sudah mula bangun dan mula hebat berdikari. mula perasaan aku yang macam bangang itu merasuk diri. aku mungkin bukan tempatnya bergantung tapi tempatnya mencurahkan segala kasih sayangnya pada aku. gadis. aku takut hilang kau doh!

Sunday, April 22, 2012

Jubah hitam tutup semua.

Kalau dulu perginya mahu berdua sekarang idak lagi. Kalau dulu tanpa ada jasad tidak mahu pergi. Kalau dulu dikatakan semuanya akan dilakukan bersama, hilang. Jalan sunyi sepi, malam hiasa rindu dan dirindui. Mana bintang itu? Biasanya di atas segak. Tak mungkin di bawah sahaja. Mungkin yang harus belajar adalah aku. Setiap manusia berubah mengikut keistimewaan. Mungkin aku bukan yang teristimewa lagi. Biarlah. Aku suka melihat. Lebih baik jadi pemerhati untuk sekian lamanya. Maaf 3 tahun itu banyak sungguh pelajaran. Mungkin aku kena repeat untuk sekali lagi? Mungkin. With love.

Friday, April 20, 2012

Airmata manusia.

Jatuh. Terduduk. Bila aku terkenang, macam mana seterusnya aku mahu meneruskan buku catatan peribadi ini jika karekter utama hilang. Terduduk. Menangis. Aah aku lelaki. Tak salah aku menitikkan air mata. Tak rugi sebab aku sayang kau. Yang egonya tinggi. Yang mulutnya banyak celoteh. Yang cemburunya membuta. Yang sabarnya untuk menderita. Yang menangisnya kelihatan sungguh ayu. Dan perangainya yang satu. Yang paling penting dia hanya mahu aku. Terima kasih karekter utama.

Sunday, April 15, 2012

betul

Banyak dah berubah. Betul ke cara aku atau mungkin petanda? With Love

Saturday, April 14, 2012

Jemu bukan jamu.

Selagi lagi. Bukan benak fikiran aku. Bukan jemu dengan madah pujangga. Cuma akal waras yang dilimpahkan rasa syukur ini tiada lagi gunanya untuk memulakn sebuah cerita yang mungkin diberi perhatian mungkin juga di nanti2 kan. Tapi siapa? Ada yang mahu membaca? Tiada yang mahu atau sedar akan kewujudan orang kecil cuma pada yang berbangga danhati besar bermewah dan berharta itu jadi sanjungan. Itu la petanda bakal berakhir semua ini. Soalnya. Kau dah bersedia?

Cari balik.

Kau dah putuskan tidak mahu dia. Kemudian kau layan dia dengan layanan istimewa? Apa binatang sangat kau ni? Kau dah sakitkan hati dia, kemudian kau salahkan dia sebab mencintai kau? Apa lembap sangat pemikiran kau ni? Adatlah bercinta dibenci ditinggalkan? Jangan jadi bodoh kawan. Cuba cari balik. Mana hilang kekuatan untuk kau cintai dia? With love.

Tajuk pilihan

Kadang kita tak sedar yang sebenarnya hidup ini bukan untuk kita menikmatinya. Ianya lebih pada tempat persinggahan. Tempat kau mahu belajar erti kasih sayang, cinta, pengorbanan dan liku2 hidup yang normalnya tidak seindah yang dicerita dan tidak seburuk yang disangka. Cuba fikir logik. Tempat yang bernama dunia ni tuhan cipta, kalau dia boleh cipta kita sempurna inikan pula tempat penghidupan kita. Indah sangat. Ye aku tau. Aku bukan seorang penulis yang hebat dan mampu mengubah dunia yang dianggap realiti ini kepada norma kehidupan yang pasti. Tapi aku sering kali dihadapkan dengan masalah utama yang membelahkan dua negara mahu pun membelah dua sahabat. Jawapannya satu. Hati. Mungkin sekarang ini adalah masa untuk hati2 manusia yang mempunyai aura memikat dipikat menipu dan ditipu untuk bermain sandiwara. Apa maksud aku? . Kalau kau rasa kau dah punyai seorang yang istimewa jangan sesekali cabar diri sendiri untuk tambah seorang lagi. Maksud aku, kalau hati kita dah dimiliki. Kenapa masih mahu membuka pada yang lain? Dan kemudian, hati yang kau sayang setelah beberapa ketika, hancur? Luluh? Dan kau adalah punca segalanya. Mana boleh macam tu. jadi Jangan mulakan sesuatu yang kau sendiri tak oleh nak habiskan. Binasa hati kau. Aku rasa syukur, aku ada seorang yang memang selalu aku gelar karekter utama. Weh. Kalau nak diikutkan. Dahlama dia tinggalkan aku. Aku manusia biasa dan lelaki biasa cuma aku bukan lelaki yang baik. Perangai aku memang bangsat. Kehidupan aku liar, nafsu aku kejarkan. Tapi aku syukur. Dia masih disitu dan terus mencintai aku sejak 3 tahun yang lalu. 3 tahun. Gila. Mana layak aku dicintai. Dia sempurna dalam pandangan aku. Peribadi yang aku rasa kalau lelaki lain nampak mungkin akan jatuh hati. Untuk kali ini. Ak masih mengaku. Cantik mana seseorang perempuan itu. Hebat mana perempuan itu, wangi mana perempuan itu, besar mana tetek perempuan itu, sekaya mana perempuan itu, tinggi mana ilmu perempuan itu aku sentiasa sematkan. Aku dah bahagia, tak perlu semua itu. Bukan itu pun yang akan bawa aku ke arah kegembiraan. Aku terengar bisik hati kau. Ye kau lah. Bagaimana suatu hari nanti jika perempuan yang aku sayang sekarang ini akan pergi tinggalkan aku? Soalan kau begitutajam. Aku boleh cakap and cerita bagaimana aku akan jatuh terduduk tersungkur jika kau tanya aku 2 tahun yan lepas, sebab aku tak sematkan dalam diri aku. Semua ini milik Allah. Semuanya. Dan jika terputusnya aku dan dia. Bermakna tuhan ada perancangan yang lebih baik unuk kami, cuma kami kena kuat dan sentiasa ingat. allah punyai segala2nya. Tetap kau kena ingat. Kalau kau minta and doa betul2. InsyaAllah akan Allah olong bukan? Kenapa kita tak cuba lebih kuat dai apa yang kita cuba sekarang? With love.