Sunday, November 18, 2012

Stop asking.

To whom.

I could tell all the story.

To whom.

I could joke and laugh around.

To whom.

I could be myself.

To whom.

I dont have to be a liar?

To whom?

You can explain and told that your love is everything.

Stop to asking to whom.

Shes in front of you.

Cintai dia sepenuh hati.

Tapi ingat. Cintai Allah yang satu dahulu.

With love.

Friday, November 16, 2012

Bongkah tua.

Jangan terlalu hidup senang dengan menilai. Setiap manusia punyai kelebihan dan banyak kelemahan. Lebih banyak kelemahan yang kau nampak. Bermakna lebih lemahlah jiwa kau. Aku bukan orang kuat. Aku cuma mahu jadi suami pada seseorang. Dan jodoh itu Allah punya. Kita bersyukur sentiasa.

Mana hilang?

Bila kita rasa kita dah penat untuk teruskan berjalan. Sebenarnya kita baru mulakan perjalanan. Jdi jangan mengalah, teruskan.

Saturday, November 10, 2012

Journey

Tak semua orang jalan cerita dia sama. Aku hadap jalan cerita aku. Baik buruk aku terima. Aku yang mulakan. Ini journey aku

Saturday, November 3, 2012

Perkasa

Bukan manusia biasa. Bukan perangai manusia biasa. Bukan berjalan seperti manusia biasa. Bukan makan dan minum seperti manusia biasa. Bukan bercakap gelak tawa seperti manusia lain. Tapi masih. Dia adalah manusia. Bezanya istimewa dimata aku. Tinggi nilai dalam jiwa. Kekal bersama ke syurga. Itu aku mohon pada Allah.


Kawan2 yang baca doakan. Kawan2 yang terbaca doakan. Aku mahu dia

Wednesday, October 3, 2012

Julang

Ambil sebatang rokok.
Depannya gambar burung terbang. Kotak putih. American brand katanya. Pandang luar. Jernih udara. Terbeliak akal. Asap punya banyak masih jernih lagi udara? Oh mimpi.

Maaf realiti lebih sempurna. Aku ada cahaya. Bidadari gelaranya.

Bahagia weh. Pa namaaaaa?

Sunday, September 9, 2012

Nilai

Banyak benda kalau dibincangkan selalunya akan berakhir dengan kegagalan mahupun kebuntuan. Renungkan kembali. Kalau semua benda dalam dunia ini bernilai dengan bayaran tertentu. Pasti ramai mula menghargai.

Friday, September 7, 2012

Bogembira.

Kau faham akan erti memaafkan?
Kalau kau nak faham. Senang.
Apa perasan kau bila orang maafkan kau? Fikir balik

Menangis

Lelaki tak selalu menitis air mata. Tapi air matanya menitis hanya sebab orang yang disayangi. :) 2 panggilan berbeza untuk orang berbeza.

Wednesday, September 5, 2012

Bogembira.

Kau faham akan erti memaafkan?
Kalau kau nak faham. Senang.
Apa perasan kau bila orang maafkan kau? Fikir balik

Sunday, September 2, 2012

Jatuh

Jangan tinggalkan semasa lelaki itu jatuh. Kau akan disayangi dicintai dan dirindu setiap saat.

Monday, August 27, 2012

Monday, August 20, 2012

Dealing with love

I feel alone. Lonely and a lil bit down.

It is not because of bidadari leave or what.

It is because i miss my bidadari so much. Another 72 hours. I love you NH

Carta pengiraan.

144 jam tanpa dia. Bosan buntu. Raya? Ramdhan lagi sempurna. :)

Sunday, August 19, 2012

Dunia berubah

Dan tahun ini anugerahnya adalah istimewa. Bidadari.

Terima kasih terima saya seadanya. :)

Sunday, August 12, 2012

Tenang.

Mana ubatnya? Mana hilangnya? Mana perginya? Rohani tiada tinggalkan jasmani? Mana bahagianya?


Bahagia itu Allah akan kurniakan. Kenapa masih tak bersyukur?

Friday, August 10, 2012

Apa mahu mu sahabat?

2013 aku punya misi sekurang2 diikat dengan tali yang selangkahnya ke arah membina masjid. Aku yakin aku mampu. Aku yakin ada jalan terbaik. Jodoh itu rahsia Allah yang paling hebat. Nikmat. Sebab itu Allah suruh kita sayangkan dia dahulu kemudian baru dia beri kita sayang manusia. Hebat.

Popular

Makin bahagia makin kau dikenali. Dan bila semuanya hilang kau akan makin dicaci. :) manusia bukan malaikat.

Sunday, August 5, 2012

Bukan mudah

Hitung jiwa perbualan sang cinta.
Mana hilang rasa cemuh hilai tawa gelak nada yang menghina. Mana pergi setiap rasa mana pergi tiap yang cela. Sempurna tiada nilai.

Bulan. Bicarakan hati dengarkan rayuan.
Bintang terangi malam sinari dingin semalam.

Girang hati dengan hadirnya cinta.

Indah. Senyum.

Bukan mudah nak bahagia jadi jangan mudah lepaskan ia.

Bidadari.

With love.

Saturday, July 28, 2012

Tali tu aku dah patri,

Aku tak semudah abc lepaskan kau. Sebab aku tak semudah abc dapatkan kau. Cara aku jatuh hati dengan kau pun sangat tragik. Yang jadi saki air sembahyang. Selagi aku mampu buat yang terbaik. Aku gagah. Selagi masa beri aku peluanguntuk bahagikan aku buat. Sampai aku dah nazak kalau aku mampu jaga aku jaga. Aku tak pasti mati bila. Tapi pasti mati. Cuma selagi aku hidup. Biar aku kesat air mata kau. Selagi nyawa masih dup dap biar aku buat kau bahagia. Lupakan kenangan silap. Kita belajar sama2. Siapa kacau hati kau aku bunuh. Siapa mainkan hati kau aku tikam. Siapa buat air mata itu jatuh aku tembak. Aku dah cukp kesat masih berani orang lain nak buat ianya jatuh. Nahas cilaka la kau aku jadikan. Cuma. Aku harap. Bukan aku yang bunuh diri sendiri. Bukan aku yang tikam diri sendiri. Bukan aku tembak diri sendiri dan bukan aku mencelakakan diri sendiri. Misi aku mahu kau senyum pagi petang, mimpi indah setiap malam. Layan lagu gembira tak kira masa, Aku nak kau tahu dan kau rasa. Berapa lama kau dahtak dengar lagu sedih? Sampai akhir hayat aku. With love. Kau sigelang Jed, si gadis comel bersepatu biru. Kau milik aku,

Manis itu penyeri. Tapi pahit itu pemberi.

Aku dah nekad. Ini yang terakhir. Aku mahu penghabisan cerita ini adalah pahala dan tangisan syaitan. Datanglah macam mana dugaan pun. Aku tetap berdiri bangga menempuh. Aku tak nak jadi macam dul. Ceoat sangat putus asa. Walhal banyak jalan yang ada. Aku dah nekad. Biar kena pijak dengan cabaran, aku tetapkan alihkan pandangan. Biar ditetak dengan parang tajam tetap ku usap aliran darah. Memberentikan hati sebab sudah ada yang bermain ditaman hati. Dia sudah miliki jiwa aku. Biarkan. Kali ini. Akutentang habis habisan. Aku tak akan lepaskan. Walau sedas peluru sampai. Aku tetap makan. Walau segerombolan mahu menawan aku tetap utuh melawan. Aku nak kau tahu. Menjaga dan mencintai bidadari adalah tangunggjawab aku. Cuma. Kalau Allah kata kau bukan jodoh. Tetap bukan. Tapi masih aku berdoa dan terus berdoa. Sebab aku tahu. Allah dengar doa kita, malaikat catit doa kita. Dia akan makbulkan. Kau and aku. Kita sama2 usaha. Atas payung ilahi. Atas dasar lillahitaala. Atas nama Allah. Semuanya kerana Allah. InsyaAllah, aku akan sahut kata2 imam. Aku terima nikahnya. With love, Cahaya pemberianku. Indah.

Friday, July 27, 2012

Bualan pasrah atau menyerah

Maksud aku. Kita menyerah atau cuba mengalah atau mungkin kita pasrah. 3 tona ayat yang berbeza. Menyerah adalah sesuatu ungkapan pada aku wujud untuk memberitahu bahawasanya kau sudah kalah. Menyerah saja pada sesuatu yang pastinya Allah tuhan yang satu. Tanpa usaha. Mana boleh kita sekadar menyerah. Usaha habis habisan. Sampai nak ke liang lahad dan tak mampu buat apa2 baru menyerah. Mengalah pula bukan maksudnya kau kalah. Kena faham. Mengalah ada simtop dimana kau mulamemikirkan bertolak ansur itu lebih menjernihkan suasana daripada kau terus memperjuangkan sesuatu yang kau tahu arah tujunya salah. Dan arah tuju itu memang tiada noktah yang memberikan sesuatuimpak yang besar. Jadi baik mengalah. Dan kemudian susun strategi untuk teruskan ilmiah lain yang kau tahu akan bawa kau ke suatu tempat indah. Aku panggil syurga, ikut masing2 . Jangan ikut aku. Cara aku lain. Pasrah. Ini adalah sesudah kau meyerah dan mengalah. Relakan sahaja semuya pergi. Tanpa berbucara tentangnya dan tanpa mahu menundurkan masa untuk memperbetulkan baginya. Bahasa ringkas. Jngan menyesal sesuatu yang dah berlalu. Aku dalam gembira sedih hiba tawa dan bahagia, aku dalam proses mahu memperbetulkan semula diri.aku dalam usaha memiliki sesuatuyang aku lepaskan. Dan au dalam usaha menilai jalan yang aku tempuh sebelum ni. Makna kata. Aku belum menyerah. Bila keyakinan wujud dalam hati dan jiwa. Gunakan sepenuhnya. Jangan takut untuk jatuh kerana setiap apa keputusan yang kau ambil. Risiko jatuh lebih timggi daripada risiko untuk berdiri kekal. Jangan menyesal dalam membuat sesuatu. Lakukan sebaik mungkin, sebaik sebagus sehebat sesempurna yang mampu. Kalau,asih tak dapat, bermaknaitu bukan milik kita. Bidadari, aku buatyang terbaik, semampu dan seuat jiwa, aku lakukan dengan nadi. Aku tak takut. Sebab aku yakin. Kalau kita betul2 mahu Allah pasti tolong. Biar saat nikah mu kuterima. Saat gengaman assalammualaikum w.b.t ayahmu ku sahut dan tanggungjawab itu sepenuhnya milikku. Ku akan rasa. Bahagia yang aku hebohkan. Bahagia. Saat tangan yang menaip pastas idea datang tak diundang dan kekringan setelah berpuasa, Selamat menambah ilmu dan pahala. Selamat mendoakan dan didoakan. Kalau diiziankan. Aku mahu syaitan teriak menyesal. Biar aku halalkan. Yang wajib dihalalkan. With love,

Sunday, July 22, 2012

Jumaat isnin

3 hari bakal berlalu. Rindunya.


Ayat klise kalau orang bercinta. Biasa dengar bosan bicara tetapi masih satu sahaja yang kita kena faham. Apa yang orang rasa apa yang kuta nampak berbeza dan jauh maksudnya.


Ps - rindu dengan senyuman dan latahan. Bidadari.

Saturday, July 21, 2012

Duit.

Siapa tak suka duit? Semua mahu kejarkan. Duit yang aku maksudkan bukan kertas hina tu. kertas yang ada macam2 warna yang banyak rosakkan akhlak aku. Bajyak. Ye memang betul. Atas diri sendiri. Sepatutnya aku dah lama sedar. Duit kertas yang warna warni tu perosak yang nyata.

Duit yang aku maksudkan ialah doa. Usaha iktiar dan tawakal. 4 ni lengkap. Kau pasti bahagia. Yakin.

With love

Ramadhan

Perancangan aku. Menjadi imam untuk ramadhan tahun hadapan.

Alhamdulillah. Semoga ramadhan diberkati.

Alhamdulillah ramai yang memaaffi.

Alhamdulillah ramai yang menjadi penganti.

Dan diri ini masih sama. Jahil.

Semoga diterima amalanku.

Amin

Tuesday, July 17, 2012

Ratu.

Sekarang masa cerita kita. Indah gelak tawa. Tangisan manja dan kasih sayang saling diperlukan.

Bidadari. Biar aku bahagiakan jiwa kau. Biar aku tenangkan hati kau.

Aku datang. Dengan rasa penuh hormat.

Aku akan sunting kau. Murah rezeki aku. Amin

Saturday, July 14, 2012

Kisah.

Perit tajam busur menghadap. madah bersuara alunan rentak. Bila mana kau mengerti. Segala pahit dulu kini dibalas. Cinta dari manusia. Wujudnya. Cinta yang betul2 cinta Wujudnya. Tampak nyata. Terdiam dan terkesima. Bukan mahu menunjuk atau membangga diri. Aku tak mahu takabur. Cuma aku mahu semua tahu. Aku ada pemberi semangat. Setiap jelingannya. Aku mengerti. Setiap tegasnya. ada betulnya. Setiap monyoknya. Ada kasih sayangnya. Setiap apa yang akan berlaku. Ada yang buatkan aku jatuh hati. Cinta. Jatuh segala. Dan bahagia. Agamanya dijaga.Solatnya. Baik. Masakannya. Hebat. layak. gred A. manjanya. Aku sahaja boleh rasa. Gema la bagaimana pun. Aku sahaja boleh rasa. Seksi. sangat2. tapi tidak perlu pun ditunjulkan apa yang menajdi perhiasan bakal suaminya. *InsyaALLAH aku orangnya. doakan. Terima Kasih sebab menjadi teman. dan berjanji untuk setia. Aku mahu jabat tangan abah dan menerima kamu secara total. Aku pasti. Kau pun dah bersedia nak jadi Isteri. Bidadari. with love.

Tarikan.

Bukan maksud aku mahu bercerita menghebohkan.Bukan maksud aku mahu berpoyo sendirian. Bukan maksud aku mahu berubah secara keseluruhan. Cuma aku perlukan perubahan demi mencapai niat yang dari dulu dari bayi aku berjanji. Niat menjadi hamba kepada Allah S.W.T. Tapi ramai yang membenci. Hipokrit segala. Dibuangkan pandangan segala. Tapi bila ramai kawan2 yang mahu tinggalkan aku. Aku teringat satu hadith Kudsi. " Seseorang itu masih belum bertaubat jika dia masih dengan perkara yang lama" Aku jahil. tapi hadith ni mengajar kita sesuatu. Bila mana kau berubah sedikit dari perangai lama. Memang kebencian itu akan menular. Perit Pahit. Telan. Alhamdulillah. tadah tangan dan bersujud. Bukan senang nak dapat bidadari. Usaha la jadi imam dulu. '

Friday, July 6, 2012

The Reason.

I fall. I try to wake up. To clean everything. Making history. To tell everyone that im okay. but the reality. Im not. im not just fall. im dying. But. When i open my eyes. my truly eyes that never lies and never disappoint me. My eyes. You. In front of me. I saw bidadari. in front of me. In front of the ibadah house. In front of me. Standing. With beautiful Islam. and Beautiful attitude, Yes, you. will my wife. We are going to make another mosque. We going to somewhere that belong to us. With all the responsibility and promises. Let me show you. How Zulhilmi Yunus loving someone. Sit and enjoy it. N.H.A.H Bidadari. With Love

Pengikat.

Aku belum tahu ikatan itu bagaimana ketatnya. Bagaimana bunganya. Bagaimana caranya. Tapi yang aku pasti saat lafaz dan semuanya menadah tangan. itu adalah ikatan simpul mati. Yang tak akan dapat dibuka dan lansung tiada cara mahu buka. Kecuali potong tali itu. Maksudnya? mati. Mati adalah ssuatu perkara yang aku rasa mampu memisahkan kita. Aku terima Nikahnya.... Ayat yang kau tunggu. Akan ku lafazkan. Biar sekarang ini aku mendalami sesuatu yang dulu aku tinggalkan. Biar sekarang ini aku mahu naik perlahan2. Mahu mampu semester tinggi dan adanya kau bayang2 bukan sekadar nostalgia tapi realiti yang aku rasa. Bidadari. Aku yakin dan pasti. Kalau kita minta. Dan tak putus ada meminta. Pasti dapat. Sebab itu aku suka ke masjid. Ramai akan aminkan doa aku. With Love.

Friday, June 29, 2012

Kata jiwa

Bukan mudah melaksana kalau tidak dimahukan hati. Sangat mudah melaksana bila hati mahukan sesuatu. Aku idamkan syurga dan aku berdoa kau adalah kuncinya. Kau bidadari. Lain dari yang lain. Aku pasti itu.


Doa iftitah. Segalanya terbukti.

Bakal makmumku.

With love.

Monday, June 25, 2012

Terkasima

Perlahan2 mendaki. Pasti sampai. Magu atau tidak sahaja. Keputusan kita yang lakukan. Balik pada Al-Quran Sunnah. Aku tak pernah dengar orang yang mahu berubah jadi baik dengan semangatnya betul2 mahu berubah dihalang oleh Allah.

Jodoh? Rahsia Allah paling besar. Soalan hati yang sangat mendalam jika mahu dikaji. Salah ke kalau kau tadah tangan. Kau sujud dan minta. Kau betul2 mahu. Halal disisi agama. Indah dan beribadah setiap masa. Kalau mahu bidadari. Jagan hubungan dengan pencipta. Pasti dapat.

Penat lelah tolak tepi. Senyum gelak ambil kira. Kau Cik Gadis. Bukan bidadari biasa. Bersyukur dan bersujud untuk menandakan Allah beri aku sesuatu yang istimewa. Doa kita bersama. Kalau sampai masanya. Ijab kabul akan terlaksana. Amin


Gelang jed hijau. Keronsang dan tudung. Executive dan burberry cheese. Chocolate hazelnut. Kau hanya seorang. Tidak sama dan bisa sibezakan. Sebab itu aku panggil kau.

Bidadari........


With love

Thursday, June 21, 2012

Jiwa dibelai

Bukan mudah nak keluarkan kata2. Kadang2 bisu dan lesu untuk berfikir ayat suci dan ikhlas. Tapi masih. Ikhlas bukan untuk kita. Allah sahaja tau betapa ikhlasnya kita. Jadi buat saja apa mampu apa mahu. Abaikan segala tomahan. Bukan apa. Tomahan itu untuk mengajarkan sahaja. Memberi mengalaman untuk bercakap dicakap dihina dan untuk kita juga. Kembali bergerak untuk berubah.

Namanya manusia. Berubah itu pasti. Baik buruk terletak pada niat.

Kalau betul nak menikahi seseorang. Bersedia dengan ilmu imam. Kalau tak bersedia. Baik belajar dulu. Jasi imam dapat isteri solehah. Sempurna.

Aku dalam prosesnya lagi.

InsyaAllah. Bakal makmum yang satu sudah ada. Teruskan belajar sahaja. InsyaAllah.

With love.

Patah balik.

Petang tadi jauh jugak kau lari. Aku masih mengekori. Tapi kau kenbali dan berjanji akan sentiasa untuk kembali. Terima kasih.

Cik Gadis.



With love.

Wednesday, June 20, 2012

Tangan mesra.

Rigid itu berlaku. Tetapi bukan untuk membanggakan. Perliku indah budi bahasa sempurna.

Mana nak cari? Tak ada jual. Bukan ada harga. Limited edition pun ada jual. Ini memang tak ada. Kalau betul2 nak. Kau kena jadi imam dahulu.

Aku sedang sebut tentang menikahi seorang wanita.

Aku minta yang membaca. Doakan aku and bidadari. Agar kami dirahmati dan terus mendapat limpahan aku mohon. Doa kalian

P/s- burberry cake vs chocolate cake. Awesome.


With love.

Sunday, June 17, 2012

Pernah penat?

Aku tak kenal penat. Aku tak faham sangat erti penat. Maksud aku. Penat untuk menyangi seseorang yang kau sendiri tahu. Layak sungguh dia menyayangi dan disayangi. Kau akan penat ke? aku berani jamin aku letak 100% keyakinan. Kau tak akan kalah dan mudah penat. Kau akan jadi kuat. Sampai mati.

Bidadari. Jangan kira berapa bulan kau akan gembira sebab aku takut kau penat nak kira berapa kali dah kau bahagia. Aku buktikan.

Thursday, June 14, 2012

Imam.

Proses pembelajaran jadi imam sampai mati tak akan habis. Baik kita mula sekarang. Tak akan nak isteri pula menjadi imam. Lelaki harus jadi imam. Dan setiap manusia tanggunjawabnya menjadi khalifah.


Bila kau selalu cakap aku akan jadi imam. Aku akan pastikan kau jadi makmumku. InsyaAllah.

Buat apa saja. Niatkan kerana Allah. Allah tahu segala boleh selesai senuanya. InsyaAllah.

With love

Wednesday, June 13, 2012

Buah manis

Sangat. Indah aku rasa. Bahagia milik aku. Akan datang dugaan tapi aku bersyukur. Allah masih kuatkan hati ini. Allah bagi seorang bidadari untuk teman. Aku dihargai. Aku disayangi. Aku dibelai manja dengan penuh kejujuran. Aku boleh jadi diri sendiri.

Aku paku dalam2. Agar pagar taman permainan itu tidak dapat dimasuki orang. Biar mereka jenguk saja. Sebab yang rasa bahagia itu aku. Yang merasa kecintaan itu aku. Aku mahu mereka semua tahu. Pelengkap kadang kala muncul depan mata. Kena bukak luas2. Sebab apa? Pelengkap adalah satu lengakap untuk sesuatu kekurangan. Betul.

Terimakasihakuterlalubanyaksebabpengorbanankautakternilai.

Sekali aku kata aku setia dan sayang. Aku buktikan yang manusia memang berpegang pada janji. Sentiasa.

Gadiskerdil.

With love.

Monday, June 11, 2012

Kalau kedepan.

Kalau dah maju kedepan. Jangan asyik fikir nak kebelakang. Jenguk tak apa.

Aku cakap berdasarkan apa yang aku alami. Kalau aku tak bergerak ke depan. Aku tak pasti sama ada aku akan berlajar bertanggungjawab atau tidak. Nubgkin aku akan terus leka. Maklumlah. Dunia ni macam2 benda salah. Dan yang salah itu juga yang seronok.

Pernah seseorang cakap. Benda sedap memang susah nak lepas tapi lambat laun benda sedap itu akan makan diri kita sendiri. Aku senyum.

Terima kasih sebab tak berlari lagi. Kau cakap kau dah berhenti dan penat berlari. Tak apa. Biar aku dukung kau. Kita jalan perlahan2. Kita dah nampak arah tuju dan kita tahu and yakin Allah penentu segalanya. Kita jalan je sama2. Kalau betul jalan kita. Pasti sampai. Dugaan tetap datang. Kau teman aku aku teman kau. Kita kuat sama2 . Siapa jentik kau kita duku kepala dia siapa lukakan kau kita trmbak hati dia. Aku bukan hebat mana. Kalau bercerita penuh dengan metafora perkataan yang sedia ada kita belajar. Ilmu cetek bercerita macam tahu semua. Aku tahu aku sebenarnya kosong. Dan aku juga tahu dalam kosong aku, aku jarang mengaku kalah dan jarang berserah tanpa usaha. Hari ni aku dapat rasa. Murah rezeki aku. Secepat mungkin halal bagi diri aku.

P/s- saya hanya nak belajar jadi imam. Awak jadi makmum ya? Berjemaah bersama2 biar sampai mati kubur masih dalam saf solat. Saya didepan awak dibelakang. InsyaAllah.

Bidadari.


With love

Bara

Bila kau nak berubah kepada kabaikkan. Percaya cakap aku. Anasir negatif ni akan berkerumun dekat kau. Mengadu je dengan Allah. Allah maha mendengar. Yakin akan kebesaran Allah. Kelak bahagia dunia akhirat. Cuma jangan hanya mengadu masa susah. Masa senang kau tinggalkan. Itu bukan caranya. Bersyukur setiap nikmat yang diberikan. InsyaAllah bahagia.

Jom. Hijrah

Sunday, June 10, 2012

Jelik

Kalau kita pernah ada zaman gelap jangan terkejut kalau orang sekeliling yang sokong and ada masa zaman gelap kau menghantui zaman terang kau.

Tadi aku berbotak dengan orang yang dah berumah tangga orang yang baru hendak berumah tanggan dan seorang yang hampir ke vice versa.

Agama diletakkan pada nombor satu. InsyaAllah bahagia.

Alhamdulillah juga yang aku ada sekarang meletakkan Allah pada nombor satu.

Yang aku ada sekarang menjadikan diri aku hampir ke gerbang atau boleh dikatakan langkah seterusnya. Halal pada agama. Pada Islam.

InsyaAllah.

With love

Saturday, June 9, 2012

Depan sana,

Masa depan adalah sesuatu yang diluar jangkaan kita.Sangat luar jangkaan kita. Ingat satu perkara. Usaha itu milik kita. Hasilnya milik Allah S.W.T.. Allah tak pernah mungkir janji. Allah kata bagi. Allah akan bagi. Manusia je. Dengan mak ayah pun mungkir janji. Teruk. With love

Lelaki syurga

Aku pasti semua orang ada bapa. Hanya seorang saja yang tiada ayah. Aku pasti ayah adalah punca kekuatan korang. Ya begitu juga aku. Ayah hero syurga aku.

Ayah sakit. Aku jatuh. Tapi aku tak putus asa. Selagi penyakit itu bukan mati pasti ada ubat. Aku tak putus asa.

Ayah. Angah bukan anak yang baik. Perilaku angah bukan dari golongan beriman. Angah tak mampu buat apa saja. Tapi ayah tetap sokong.

Ayah. Angah syukur tuhan bagi pinjam ayah. Angah syukur tuhan masih beri peluang untuk angah balas jasa baik ayah. Terima kasih Allah.

Ayah. Terima kasih didik angah and abang untuk jadi imam. Terima kasih banyak ajar kani Al-Quran dan sunnahh panduan hidup. Terima kasih sebab tak pernah sekali ayah menyesal besarkan kami. Ayah tak pernah abaikan kami. Dari kecil apa saja kemahuan kami ayah beri. Ayah susahkan diri ayah ayah sakitkan diri ayah untuk besarkan kami. Ayah buang waktu lapang ayah ayah buang segala hobi ayah untuk lihat kami berlari melompat tinggi. Ayah hero angah.

Kita bukan orang senang tapi angah merasa kesenangan itu. Ayah. Angah minta Allah makbulkan doa ayah untuk ke tanahbsuci mekkah dengan mak. Angah doa ayah.

Hari ini. Ayah sakit. Ayah jangan risau. AYah rehat. Dah cukup 54 tahun ayah berkerja dengan tulang itu ayah. Biar angah balas jasa ayah. Biar angah belajar ada tanggungjawab ayah. Sebab Allah janji. Kalau kita jaga ibubapa kita. Syurga.

Ayah. Angah buat sehabis baik. Angah tak perlukan masa lapang untuk keluar. Angah nak sentiasa disisi ayah. Angah nak peluk cium ayah hari2. Angah nak baring sebelah ayah. Angah nak manja dengan ayah. Sebab angah hanya ada satu ayah.

Ayah. Terima kasih sebab jadi imam kami.


Air mata aku mengalir. Hero syurga aku sakit. Kawan2 jaga mak ayah kita. Itu harta paling tinggi nilainya. Sampai syurga.

Kawan2. Doakan ayah aku sihat.

With love.

When.

I dont when was the last time i miss you because out of sudden. I really miss you. Thank you.

Ps- Al-Taqwa, this is the end for me. Alhamdulillah. Allah almighty.

Being adult.

Responsibility. Love. Care. Emotional control. Managing stress.

All of this will be more easier when you act and think with positive thinking. Yes. It is hard but just do it. Don't ever try. Try is only use for word not an action. Don't believe me? Try to hold your ear. Try. For sure you can't.

So. Please. Just do it. Ignore tries.

Berlari.

Dia kata dia dah tak nak berlari. Dia nak jalan sama2 dan seiringan. Aku okay. Kalau dia lari pun. Tak salah aku kejar. Sebab aku tahu. Pengakhiran larian itu pasti kami dipuncak tertinggi dalam gerbang yang halal.

P/s- aku tak minta apa2. Cuma doa je cukup.

Friday, June 8, 2012

Bagus kalau tak bagus.

Melodi perkataan tak jarang sangat boleh diubah suai. Ritma kehidupan jarang benar seronok sebab apa?

Kita sendiri pun tak pandai nak menilai kehidupan. Boleh belajar dan belajar tapi kalau belajar tak gunakan rugi.

Ilmu bersepah bila bercakap bagai seorang pendita tapi bila orang buat salah kita sewenang2nya nak tibai dan gelakkan. Ilmu apa yang kau belajar tu kawan?
Jangan. Hari ni kita sibuk gelakkan orang takut nanti seumur hidup orang gelakkan kita. Masing2 ada kehebatan apatah lagi kekurangan? Memang banyak. Apa kata kita kongsi kehebatan kita betulkan kekurangan. Seronok weh. Proses pembelajaran. Mana ada bosan. Kalau hari2 kita belajar benda baru aku jamin kau akan penat tapi kau rasa nikmat.

Banyak dah aku belajar dari jatuh bangun. Sampaikan aku dah siapkan segala peralatan untuk jatuh sebab aku tau. Jatuh itu pasti. Naik itu pasti itu pun kalau kita nak naik la. Kalau kita sendiri nak baring tak berusaha nak naik jangan pulak salahkan takdir. Nanti takut lemah tak bermaya bila jumpa tuhan.

Allah beri aku peluang lagi. Kali ni aku nak buat lagi terbaik. Bidadari disisi tunggu masa halalnya. Kalau betul jalannya. Pasti ada. Bina masjid tak senang tau. Kena ada imam dan makmum. Peralatan kena bagus. Biar kecik tapi ramai yang memeriahkan jangan gah tapi tiada yang mengimarahkannya. Masjid rumah Allah. Kalau betul apa doa kau pasti makbul.


*gementar jiwa tapi senyuman ibu yang menjaga dan restu diberikan. InsyaAllah jodoh itu kuat. Perfume enchanted. Sesuai.



With love.

Tuesday, June 5, 2012

Sebab begitu

Seiring berjalan. Masing2 mahu perubahan. Semua orang perlu perubahan. Semua orang diberi peluang untuk berubah. Dan masa aku mula berubah kau muncul. Kau tak minta untuk dikejar. Kau tak minta untuk aku usaha. Aku. Aku yang mahukan sepenuh usaha. Bidadari. Agaknya kalau aku biarkan kau berlari tanpa usaha aku mengejar. Pasti sekarang aku masih duduk di kerusi hitam dan menaip keyboard komputer dengan perasan marah. Marah pada diri sendiri.


Ps- masjid al-taqwa. Seiring mahu menyembah. Aku jatuh hati.
Bakal makmumku.


With love.

Lebar.

Aku tak menyerah kalah. Kalau betul. Jalan ini pasti mudah. Cuma depan itu banyak lagi bengkang bengkok. Kalau rezeki. Macam mana pun pasti dimiliki. Masjid al- taqwa. Jadi saksi. Amin


Gadis kecil.

With love.

Saturday, June 2, 2012

Question and Mark.

i fall for her Islam. i dont do any effort im useless. but still. im happy. so in a long of LDP there is someone who i always prepared to fight for. Executive.

Dulu. malu.

Bila aku baca balik tulisan aku yang lama. peh. Banyak betul makian aku keluarkan. Tolong baca yang baru sahaja. Maaf. Aku baru nak ada tiang.

Ayat hebat.

Mana semua penulisan2 hebat? Lama aku tak baca. Semua dah lupa ke sini tempat curah idea yang tak perlukan sebarang kritikan? Hilang.


With love

Ribut. Belantara sebenarnya.

Betul setiap manusia ada deria rasa sendiri. Setiap manusia ada cara tersembunyi dan yang hakiki banyak yang ketara. Kita masing2 tahu apa asal usul. Mungkin kau lebih mahir dalam menyusun kata kau lebih mahir dalam merangka masa dan kau seorang yang sangat teliti dengan kesempurnaan. Aku? Yes. Kosong. Aku tak ada apa2. Kelebihan apa pun aku tak ada. Wang? Harta? haha aku mampu gelak dan mampu gelengkan kepala cuma mungkin aku ada satu kelebihan. Punyai orang yang menghargai punyai orang yang hidupnya menjadi penyembah.

" En Bam ". Tersenyum

With Love

Bilik Terang

Baru aku faham. Nak jumpa cahaya kena cari kegelapan dulu. Nak jumpa yang betul kena jumpa yang salah dulu. Kalau macam itu. Allah makbulkan permintaanku. Amin

Thursday, May 31, 2012

5 Tiang

betul tak logik. Sangat. sangat jauh dari meditasi lamunan aku. memang aku pun tak sangka. Air sembanyang tudung ustazah. Jatuh. Kedalam jatuhnya. Bukan setakat jatuh sebentar. Terusik akal fikiran. Bergoncsang jiwa raga. Tertegur iman didada. Aku baru belajar. Aku baru faham. Aku baru kenal tiang. Masa berlalu. Kini kembali teguh. Aku jauh dulu. Semakin dekat. Banyak nikmat. Semakin dekat makin dibuka jalan. Mungkin aku bukan berubah secara total tapi perlahan2 untuk kembali teguh bukan sesuatu yang senang. Mana mungkin. Aku terkasima. Berdegup jantung aku. Terbeliak dan terpana mata aku. Tubuh aku kaku membisu. Masa tu kalau ada camera confirm dah kena cut sebab pelakon kayu. Betul perasan itu aku sambut dengan gembira setelah aku kenal. Allah Ya Rahman Ya Rahim. yang setiap sembahyangnya kau baca. Yang mana bermula dengan Bismillah dan pengahirat duduk tahiyyat akhir. Ya aku jatuh. Tapi bukan jatuh teruk. Ini jatuh indah. Kalau difikirkan 4 perkara. Paras rupa,Harta, Latar belakang keluarga DAN AGAMAnya. Ya aku mengaku. Aku jatuh untuk agamanya dan bila aku nampak agamanya aku nampak 4 perkara itu saling menlengkapi. Tak pernah aku jumpa kawan yang begitu akan risau akan seseorang sehinggakan menyedekahkan Yassin. Aku tak pernah jumpa. Jiawa dan rohaninya mulia. Sangat. Menitik air mata aku. Kau tanya kawan2 kau yang mana sedekahkan hanya dengan Al-Fatihah. Kau cari sorang, tunjukkan kat aku. Aku nak tanya dia. Adakah jawapan rohaninya sama seperti apa yang terlihat dijasmaninya? Jawapan yang menyentuh " Kalau nak muka berseri mata yang hebat, saya baca Satu muka surat AL-QURAN setiap kali subuh. Saya baca Yassin jika bangun awal " weh. aku lempang muka aku. Biar betul jawapan kau. aku terdiam. Biar betul masih ada begini caranya. Menitik air mata dalam takungan mata. Hebat wanita ni. Dia bukan calang2. Kalau betul dia akan bawa aku. Allah. makbulkan.Tolong.Aku merayu Allah. Besar apa yang kau tunjukkan. Aku. Yes disebabkan Agamanya. Aku berani cakap. aku tak jatuh hati secara mainan. Ini sesuatu yang mengejutkan. Kawan. aku baru merangkak weh. Aku jumpa bidadari. Biar betul? Aku mimpi? Ke aku dipukau? Tapi aku sedar. Gembira itu datang. Tenang. Jodoh ajal maut.Allah tentukan aku setuju. Apa yang aku rasa sekarang aku cukup bersyukur. Semakin aku jaga 5 tiang. Semakin aku jaga peradaban dan tingkah laku. Bangga. Aku bangga. Tapi setiap apa yang berlaku akan ada hikmah. Aku bukan jenis pengalah. Selagi ada. selagi itu aku berjanji akan buat yang terbaik. Dapat tak dapat itu rezeki. Tak menyesal atau kecewa. Hello depan mata aku okay. Benda yang baik tak akan aku sekadar usaha ala qadar. memang silap la. Mari bertempur kalau betul. Aku susah nak lepaskan. Kecuali akku memang sudah layak dilepaskan. Ini tulisan aku. Ini cara aku sampaikan. Kalau kau baca kau terasa. Kaulah bidadari tu. Kau pasti terdetik. " NAMA JEPUN BERMAKSUD - CAHAYA PEMBERIANKU ". With Love.

Monday, May 28, 2012

Semakin rajin dan banyak yang diolah

Bila dah mula dihargai. Idea dataNg mencurah2. Cuma ayat tak sempurna masih ada masa perbaiki. Terima kasih dan bterima kasih. Gelang jed hijau.

Hargai .

Kalau dah setiap Tilisan kau dia harga setiap kata2 kau dia memahami. Apa lagi yang nak kau sembunyikan. Suatu hari pasti. Kalau diizinkan. Jangan takut buat keputusan dan kedepan. Sebab yang dibelakang selalu tak indah cuma kalau bab mengenal Islam silankebelakang sebab ilmu dan pengajarannya banyak. Jangan takit buka buku baru jangan takut cari bidadari. Tapi jangan terpedaya dengan bidadari palsu kelak binasa masa. Jangan pernah mengalah selagi ada tenaga perhebatkan lagi ilmu kita lawan.


Notakaki - tayar dah isi angin?


with love

Tulisan buruk madah ke laut

Kau yang menghargai setiap tulisan nota aku. Kau yang menghargai setiap perilaku aku. Kau yang moden tapi masih berbahasa purba. Kecil tapak tangan aku memberi usaha seluas dunia kau tadahkan. Maaf aku tak mengalah. Metabolistik mainan bukan tujuan utama tapi kau tau sempurnya bukan pada pandangan mata tapi pandangan hati yang mana hatinya tidak sedikit dikacau oleh ego dan masih kau membuka ruang itu. Terima kasih sebab benarkan badan sebesar ni masuk ruang itu dan menikmati setiap hirupan udara yang Allah kurniakan kepada kita agar dapat kita hidup kenbali. Pegang ayat dan setiap kataku bawanya kemana sahaja kerna ayat itu menjadi bukti. Aku tak reti mengalah dan terus mencuba. Terima kasih.


With love.

Hukuman pengajaran

Kau manusia biasa. Mana layak kau nak . Jangan biasa kan diri menandang salah sahaja. Pandang pada kebaikkan dan curahkan dan limpahkan segala kasih sayang. Dunia. Tempat kita singgah. Allah dah bg tau syurga itu ada. Kejar sampai dapat. Al quran dan sunnah jadi pegangan makanya hidup lebih bererti dan mudah. Rancang apa saja. Makbul itu kerja Allah. Jangan ragu. Sujud.

Sunday, May 27, 2012

Biar masa muda

Biar masa muda dulu kau pernah terjebak dengan maksiat jangan masa anak dah ramai. Sekurang2nya masa ada anak nanti boleh juga cerita. Abah bukan orang baik dulu tapi abah berubah. Bestkan?

Hadiah paling indah. Hadiah ibadah.

Realitinya aku sedang di atas. Aku tak pasti berapa lama aku tak pasti bertapa kukuh cuma aku bukan jenis pengalah. Aku pernah mencintai dicintai dan kemudian aku sedar. Sejauh mana cinta manusia divandingkan dengan tuhan? Kau bercinta dengan tuhan pasti kau akan terus menerus bahagia. Cuma sekarang ni, aku sedang mencari jalan pulang. Aku bak kenbali semula memuliakan nama dalam identity card itu. Islam. Indah. Dan sekarang. Aku ada. Bidadari. Terima kasih.

With love.

Friday, May 11, 2012

paku tajam.

aku jatuh kemudian aku cuba untuk merangkak sakit. siot betul. ingatkan jatuh sekadar jatuh biasa. rupanya muka terbenam. hati tercucuk paku badan habis binasa. Tapi dalam sengsara aku. rupa2, ramai yang hulur tangan, berkerja sama untuk bangunkan aku. aku bangun dari mimpi anasir jahat. aku kembali mengukir senyuman. untuk semua. dan mungkin juga. Najwa and Sleeq - Untuk dia....

Thursday, April 26, 2012

ludah.

Lalang bukan baik. Kadang Kiri kadang kanan. Bahu bukan hebat mana pun, kadang kuat kadang lemah. aku bukan hebat pun. Memang pun

RUMAH LAH!

Tempat paling baik sekarang ini? Rumahlah. apa lagi mahu mu wahai sahabat. Aku jauh simpang la. Aku tak didik dia betul, kalau dulu aku tak patut takut yang satu hari dia akan berubah. berubah dari dunia berseorang kepada berkawan. Kawan2 dia. aku tak yakin untuk kata mereka akan menyokong aku. yang aku yakin mereka akan kata, kau tinggalkan saja, dia ada degree lebih baik. Kita ada degree lebih baik. Boleh keluar malam minum arak berdansa dengan lagu kemudian boleh ada ramai lelaki. BANGSAT. Aku dah cakap. Bidadari aku dah tak jadi bidadari. Lebih baik undur diri. Yang dia cari keriangan. Kalau dulu sembangnya lebat, kaulah yang satu. Sekarang, kaulah yang keseribu. Dan aku masih menunggu. Aku nak lihat. jauh mana dia benar berubah. Pelajaran bukan sesuatu yang baik. Celaka. Hanya bila kita kehilangan. Cinta itu. Minta2 Tuhan tidak hilang cinta pada kita.

Wednesday, April 25, 2012

Sakit? enjoy weh

Susahkan. Hidup ini penuh dengan kegembiran sebenarnya. Walau sakit ianya masih mengembirakan. Cuma manusia itu sendiri yang mempunyai sikap . Membosankan.

Monday, April 23, 2012

dangdut busuk.

kanan kiri aku tengok lenggok lagu. Berdentum dentam bass musik mainkan. Tapi aku masih mencari. bukan ini ayunannya. Bukan ini iramanya. Jauh melimpang tersimpang. mana musik dahulu itu? iramanya lembut seperti perempuan melayu yang dikategorikan wanita manis anggun. Kadang2 mencari itu tak salah cuma biarlah ia kena dengan apa yang dicari. Kau pernah tengok orang asyik bercakap tentang cinta? aku dulu pernah cakap pasal cinta. hakikatnya? cinta itu datang bila kita mencintai yang berkuasa. Yang matinya tidak yang tidak perlu didudkung olrh apa2 kuasa kerana semuanya milik dirinya sendiri. di pinjamkan hati. supaya kita mengerti. Cintai tuhan. Kemudian tuhan akan beri kau masa untuk cintai manusia. ingat. cinta bukan untuk dicari. Hidayah wajib.

tempiak muka,

rupanya2 aku sedang takut dengan bayangan si karekter utama yang sudah mula bangun dan mula hebat berdikari. mula perasaan aku yang macam bangang itu merasuk diri. aku mungkin bukan tempatnya bergantung tapi tempatnya mencurahkan segala kasih sayangnya pada aku. gadis. aku takut hilang kau doh!

Sunday, April 22, 2012

Jubah hitam tutup semua.

Kalau dulu perginya mahu berdua sekarang idak lagi. Kalau dulu tanpa ada jasad tidak mahu pergi. Kalau dulu dikatakan semuanya akan dilakukan bersama, hilang. Jalan sunyi sepi, malam hiasa rindu dan dirindui. Mana bintang itu? Biasanya di atas segak. Tak mungkin di bawah sahaja. Mungkin yang harus belajar adalah aku. Setiap manusia berubah mengikut keistimewaan. Mungkin aku bukan yang teristimewa lagi. Biarlah. Aku suka melihat. Lebih baik jadi pemerhati untuk sekian lamanya. Maaf 3 tahun itu banyak sungguh pelajaran. Mungkin aku kena repeat untuk sekali lagi? Mungkin. With love.

Friday, April 20, 2012

Airmata manusia.

Jatuh. Terduduk. Bila aku terkenang, macam mana seterusnya aku mahu meneruskan buku catatan peribadi ini jika karekter utama hilang. Terduduk. Menangis. Aah aku lelaki. Tak salah aku menitikkan air mata. Tak rugi sebab aku sayang kau. Yang egonya tinggi. Yang mulutnya banyak celoteh. Yang cemburunya membuta. Yang sabarnya untuk menderita. Yang menangisnya kelihatan sungguh ayu. Dan perangainya yang satu. Yang paling penting dia hanya mahu aku. Terima kasih karekter utama.

Sunday, April 15, 2012

betul

Banyak dah berubah. Betul ke cara aku atau mungkin petanda? With Love

Saturday, April 14, 2012

Jemu bukan jamu.

Selagi lagi. Bukan benak fikiran aku. Bukan jemu dengan madah pujangga. Cuma akal waras yang dilimpahkan rasa syukur ini tiada lagi gunanya untuk memulakn sebuah cerita yang mungkin diberi perhatian mungkin juga di nanti2 kan. Tapi siapa? Ada yang mahu membaca? Tiada yang mahu atau sedar akan kewujudan orang kecil cuma pada yang berbangga danhati besar bermewah dan berharta itu jadi sanjungan. Itu la petanda bakal berakhir semua ini. Soalnya. Kau dah bersedia?

Cari balik.

Kau dah putuskan tidak mahu dia. Kemudian kau layan dia dengan layanan istimewa? Apa binatang sangat kau ni? Kau dah sakitkan hati dia, kemudian kau salahkan dia sebab mencintai kau? Apa lembap sangat pemikiran kau ni? Adatlah bercinta dibenci ditinggalkan? Jangan jadi bodoh kawan. Cuba cari balik. Mana hilang kekuatan untuk kau cintai dia? With love.

Tajuk pilihan

Kadang kita tak sedar yang sebenarnya hidup ini bukan untuk kita menikmatinya. Ianya lebih pada tempat persinggahan. Tempat kau mahu belajar erti kasih sayang, cinta, pengorbanan dan liku2 hidup yang normalnya tidak seindah yang dicerita dan tidak seburuk yang disangka. Cuba fikir logik. Tempat yang bernama dunia ni tuhan cipta, kalau dia boleh cipta kita sempurna inikan pula tempat penghidupan kita. Indah sangat. Ye aku tau. Aku bukan seorang penulis yang hebat dan mampu mengubah dunia yang dianggap realiti ini kepada norma kehidupan yang pasti. Tapi aku sering kali dihadapkan dengan masalah utama yang membelahkan dua negara mahu pun membelah dua sahabat. Jawapannya satu. Hati. Mungkin sekarang ini adalah masa untuk hati2 manusia yang mempunyai aura memikat dipikat menipu dan ditipu untuk bermain sandiwara. Apa maksud aku? . Kalau kau rasa kau dah punyai seorang yang istimewa jangan sesekali cabar diri sendiri untuk tambah seorang lagi. Maksud aku, kalau hati kita dah dimiliki. Kenapa masih mahu membuka pada yang lain? Dan kemudian, hati yang kau sayang setelah beberapa ketika, hancur? Luluh? Dan kau adalah punca segalanya. Mana boleh macam tu. jadi Jangan mulakan sesuatu yang kau sendiri tak oleh nak habiskan. Binasa hati kau. Aku rasa syukur, aku ada seorang yang memang selalu aku gelar karekter utama. Weh. Kalau nak diikutkan. Dahlama dia tinggalkan aku. Aku manusia biasa dan lelaki biasa cuma aku bukan lelaki yang baik. Perangai aku memang bangsat. Kehidupan aku liar, nafsu aku kejarkan. Tapi aku syukur. Dia masih disitu dan terus mencintai aku sejak 3 tahun yang lalu. 3 tahun. Gila. Mana layak aku dicintai. Dia sempurna dalam pandangan aku. Peribadi yang aku rasa kalau lelaki lain nampak mungkin akan jatuh hati. Untuk kali ini. Ak masih mengaku. Cantik mana seseorang perempuan itu. Hebat mana perempuan itu, wangi mana perempuan itu, besar mana tetek perempuan itu, sekaya mana perempuan itu, tinggi mana ilmu perempuan itu aku sentiasa sematkan. Aku dah bahagia, tak perlu semua itu. Bukan itu pun yang akan bawa aku ke arah kegembiraan. Aku terengar bisik hati kau. Ye kau lah. Bagaimana suatu hari nanti jika perempuan yang aku sayang sekarang ini akan pergi tinggalkan aku? Soalan kau begitutajam. Aku boleh cakap and cerita bagaimana aku akan jatuh terduduk tersungkur jika kau tanya aku 2 tahun yan lepas, sebab aku tak sematkan dalam diri aku. Semua ini milik Allah. Semuanya. Dan jika terputusnya aku dan dia. Bermakna tuhan ada perancangan yang lebih baik unuk kami, cuma kami kena kuat dan sentiasa ingat. allah punyai segala2nya. Tetap kau kena ingat. Kalau kau minta and doa betul2. InsyaAllah akan Allah olong bukan? Kenapa kita tak cuba lebih kuat dai apa yang kita cuba sekarang? With love.

Friday, March 9, 2012

Bukan Berhenti.

Aku tak pasti. Aku bukan mahu berhenti menulis. Bukan mahu berhenti berfikir cuma mungkin aku agak letih. 1 bulan dan lebih kurang 1 minggu. macam2 dugaan datang. tak terjawab aku. Selama ni aku selidik dan menganalisa. Tapi sekarang ni, aku tak mampu menganalisa sebab kebanyakkan kesalah itu, adalah pada aku sendiri. Betul kata orang, mana ada manusia tidak buat silap, dan tidak pula manusia itu mahu membuat kesilapan pada kali keduanya untuk sekerapnya. Aku sendiri malu, kenapa tiba2 aku berubah? Aku banyak kali cuba memotivasikan diri aku. Cuba sekurang2 nya menahan segala buruk sangka aku, tapi bila orang mahu melihat dan menganalisa buruk sangka aku. Bukan main banyak. Aku dah lari dari diri aku sendiri.

Aku sedang mengalami jalan penghijrahan. Aku sedang berlajar apa itu agama ang sebenar. Betul aku banyak simpang saur. Tapi aku mahu betulkan semula jalannya. Mungkin, satu hari nanti, jalannya aku kembali lurus. Mana mungkin tuhan itu tak menerima taubat yang dia cipta. Kerana dia adalah segala MAHA.

With Love.

Monday, January 2, 2012

Jenama vertu.

Hebatnya. Kau pakai BMW, jenama telepone bimbit kau VERTU,rumah kau banglo duta vista. Tapi sayang, kau miskin kawan,
Aku kaya kawan cuma aku miskin rakan, kau tahu maksud rakan yang kau boleh peluk dan pinjam bahu? Kau pernah ada? Aku kurang kawan yang boleh pinjam bahu sebab bahu mereka berjenama, air mata aku dianggap air sampah, kau bahagia tak ada kawan2 macam tu?

Aku? Tak apa jangan risaukan aku. Aku ada bidadari, agak2 aku sedeh, aku mengadu, agak2 aku marah, aku marah dia, agak2 aku cemburu, aku hanya berlajar untuk cemburukan dia.

Kau? Tak rasa semua tu? Mungkin kau kurang ikhlas? Aku kata mungkin. Sebab bidadari selalunya bukan nak duit kau, harta kau, cuma dia nak kalau boleh, jiwa kau dan dia bersatu, macam magnet kalau dicantumkan utara dan utara pasti tak boleh, tapi kalau dicantmkan utara selatan, pasti melekat, rapat susah nak tanggal, kukuh tak akan mudah lumpuh, itu yang bidadari nak.

Kalau bidadari kau disyurga bukan dunia? Kau kan ada 2 orang yang istimewa, susah, tak semua orang ada 2 orang istimewa ni, panggilan dia semua orang boleh sebut cuma personalitinya hanya yang mampu bawa dan tanggung sahaja akan ambil risiko. Pasti. Aku panggil MAK AYAH. Kalau kau nak panggil lain terpulanglah. ikut apa selesa cuma ingat. Hormati mereka.


Kau dah belajar?


P/s aku sambut maal hijrah. Awal permulaan hari aku ialah awal muharram bukan januari. Maaf.


With love.