Sunday, December 10, 2017

Peneman Hidup.

Sejak awan mulai menurunkan hujan.
Bumi kembali basah dan nyaman.
Sejam awan mulai menyejukkan.
Manusia semua terasa nyaman.

Wahai isteriku.
Tidak ternilai pengorbananmu.
Tidak ternilai cara dan tingkahlakumu.
Tidak ternilai penyampian kamu sebagai isteriku.

Terima kasih.
Sudi meneman.
Aku hargai dengan doaku.

Friday, December 8, 2017

Jual Maruah

Kalau dulu.
Kau tutup segala ruang mahkota yang kau ada.
Kalau dulu.
Kau sembunyi semua jalur rambut yang terkeluar.
Kalau dulu.
Kau beritahu satu dunia. Aku ikut perintah Yang Tidak Mati.

Tapi itu dulu.
Hari ini, kau buka semula rambutmu menjadi tatapan manusia.
Hari ini, kau buka semua mahkota yang menjadikan kau istimewa.
Hari ini, setiap inci kaki dapat dilihat oleh ajnabi.

Mungkin dulu kau tutup kerana manusia.
Mungkin dulu jalan kau pilih kerana manusia.

Sebab itu kita kena letakkan Yang Maha Pencipta sebagai punca segala.
Yang membawa erti semuanya.

Berhenti jadi orang yang hari ini.
Berhenti sebelum nafas terhenti

Friday, November 10, 2017

Benam Jiwa

Saat kau dengar semuanya disekeliling.
Benak kesumat hari kau.
Saat kau hilang segalanya.
Tercabut roh dirasa.

Aku paling benci.
Hilang diri.

Apa yang kau tinggalkan?
Sekadar peristiwa?
Sekadar jenaka dikala murung?

Benak jiwa.
Bila kau mula dengan kata.

Kau benam jiwa.

Kau benam jiwa.

Kau benam jiwa.

Sunday, October 29, 2017

Jiwa

Kalam mudah hadam bukan untuk semua.
Kalam mudah hadam hanya untuk diri kau dan banyang2kau.
Kalam mudah hadam bukan untuk kau bercerita beriya.
Kalam mudah bukan untuk kau gah semata.

Kalam mudah.
Kau dan diri kau.
Yang faham.

Sebab itu.

Kalam Mudah Diri Kau yang tahu.
Kau saja yang rasa.
Mudah.

Monday, September 11, 2017

Kudap - Kudapan

Aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.
Semua orang suka menindas.

Aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.
Semua bongkak tinggi kata2 dusta.

Aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.
Semua mencium bau derhaka.

Aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.
Semua dusta bala bencana.

Ke mana pergi hati suci?
Ke mana pergi harga diri?
Ke mana pergi budi pekerti?

Soalannya.
Ke mana?

Jangan hanya menjadi kudap - kudapan.
Sedap dikunyah apa bila bosan.
Di campak bila banyak.

 Sampah.

Wednesday, March 8, 2017

Realiti sambutan.

Kalau betul yang kau letak ditempat tinggi itu wanita.
Soal dirimu anak muda? Mana ibu mu?
Kalau betul kamu doa tinggi darjatnya.
Soal dirimu anak muda. Mana hormat kamu?
Jangan pandai menyiarkan rasa cinta tapi realitinya kamu hanya berlakon.
Berlakon di sebalik berlakon.
Shaitan.

Saturday, February 18, 2017

Buruh untuk Hati

Ramai yang menyangka menjadi buruh sepenuh masa untuk hati sendiri itu lebih baik. Bang. You silap. Kalau nak hati kita sedap. Kena jadi buruh hati orang lain dulu. Tapi Orang lain itu adalah yang boleh dipanggil keluarga. Bukan tepi jalan yang kau siul2 untuk tengok movie. With love.

Lanun Sendiri

Lanun kampung.

Dia merompak membuat hura hara hanya dalam kampungnya.
Dia lansung tidak endahkan sekeliling asal matlamatnya tercapai.
Dia lansung tak kisah menyakiti asalkan di puas.
Dia lansung tak peduli selagi kemahuannya dimiliki.

Dia hanya sedar bila dia rasa.
Dia rasa sakit.
Sakit yang dia cipta sendiri.
Sakit yang puncanya tanpa ada penjelasan.
Sakit yang membunuh.
Jiwa bangsatnya.

Wahai Lanun Kampung.
Betulkan kembali keadaanmu.
Betulkan kembali niatmu.
Betulkan kembali jalanmu.
Kukuhkan 5 tiangmu. Tambatkan dengan amalan sunatmu.
Berbakti semua kepada yang melahirkan.
Jejak semula yang membesar bersama.

Lanun Sendiri.
Kau hanya seketul hati.
Yang melanun di dalam diri sendiri.
Tanpa bayang cerah di depan.
Kau gelap jika kau terus menjadi lanun kampung.