Monday, January 2, 2012

Jenama vertu.

Hebatnya. Kau pakai BMW, jenama telepone bimbit kau VERTU,rumah kau banglo duta vista. Tapi sayang, kau miskin kawan,
Aku kaya kawan cuma aku miskin rakan, kau tahu maksud rakan yang kau boleh peluk dan pinjam bahu? Kau pernah ada? Aku kurang kawan yang boleh pinjam bahu sebab bahu mereka berjenama, air mata aku dianggap air sampah, kau bahagia tak ada kawan2 macam tu?

Aku? Tak apa jangan risaukan aku. Aku ada bidadari, agak2 aku sedeh, aku mengadu, agak2 aku marah, aku marah dia, agak2 aku cemburu, aku hanya berlajar untuk cemburukan dia.

Kau? Tak rasa semua tu? Mungkin kau kurang ikhlas? Aku kata mungkin. Sebab bidadari selalunya bukan nak duit kau, harta kau, cuma dia nak kalau boleh, jiwa kau dan dia bersatu, macam magnet kalau dicantumkan utara dan utara pasti tak boleh, tapi kalau dicantmkan utara selatan, pasti melekat, rapat susah nak tanggal, kukuh tak akan mudah lumpuh, itu yang bidadari nak.

Kalau bidadari kau disyurga bukan dunia? Kau kan ada 2 orang yang istimewa, susah, tak semua orang ada 2 orang istimewa ni, panggilan dia semua orang boleh sebut cuma personalitinya hanya yang mampu bawa dan tanggung sahaja akan ambil risiko. Pasti. Aku panggil MAK AYAH. Kalau kau nak panggil lain terpulanglah. ikut apa selesa cuma ingat. Hormati mereka.


Kau dah belajar?


P/s aku sambut maal hijrah. Awal permulaan hari aku ialah awal muharram bukan januari. Maaf.


With love.