Friday, June 29, 2012

Kata jiwa

Bukan mudah melaksana kalau tidak dimahukan hati. Sangat mudah melaksana bila hati mahukan sesuatu. Aku idamkan syurga dan aku berdoa kau adalah kuncinya. Kau bidadari. Lain dari yang lain. Aku pasti itu.


Doa iftitah. Segalanya terbukti.

Bakal makmumku.

With love.

Monday, June 25, 2012

Terkasima

Perlahan2 mendaki. Pasti sampai. Magu atau tidak sahaja. Keputusan kita yang lakukan. Balik pada Al-Quran Sunnah. Aku tak pernah dengar orang yang mahu berubah jadi baik dengan semangatnya betul2 mahu berubah dihalang oleh Allah.

Jodoh? Rahsia Allah paling besar. Soalan hati yang sangat mendalam jika mahu dikaji. Salah ke kalau kau tadah tangan. Kau sujud dan minta. Kau betul2 mahu. Halal disisi agama. Indah dan beribadah setiap masa. Kalau mahu bidadari. Jagan hubungan dengan pencipta. Pasti dapat.

Penat lelah tolak tepi. Senyum gelak ambil kira. Kau Cik Gadis. Bukan bidadari biasa. Bersyukur dan bersujud untuk menandakan Allah beri aku sesuatu yang istimewa. Doa kita bersama. Kalau sampai masanya. Ijab kabul akan terlaksana. Amin


Gelang jed hijau. Keronsang dan tudung. Executive dan burberry cheese. Chocolate hazelnut. Kau hanya seorang. Tidak sama dan bisa sibezakan. Sebab itu aku panggil kau.

Bidadari........


With love

Thursday, June 21, 2012

Jiwa dibelai

Bukan mudah nak keluarkan kata2. Kadang2 bisu dan lesu untuk berfikir ayat suci dan ikhlas. Tapi masih. Ikhlas bukan untuk kita. Allah sahaja tau betapa ikhlasnya kita. Jadi buat saja apa mampu apa mahu. Abaikan segala tomahan. Bukan apa. Tomahan itu untuk mengajarkan sahaja. Memberi mengalaman untuk bercakap dicakap dihina dan untuk kita juga. Kembali bergerak untuk berubah.

Namanya manusia. Berubah itu pasti. Baik buruk terletak pada niat.

Kalau betul nak menikahi seseorang. Bersedia dengan ilmu imam. Kalau tak bersedia. Baik belajar dulu. Jasi imam dapat isteri solehah. Sempurna.

Aku dalam prosesnya lagi.

InsyaAllah. Bakal makmum yang satu sudah ada. Teruskan belajar sahaja. InsyaAllah.

With love.

Patah balik.

Petang tadi jauh jugak kau lari. Aku masih mengekori. Tapi kau kenbali dan berjanji akan sentiasa untuk kembali. Terima kasih.

Cik Gadis.



With love.

Wednesday, June 20, 2012

Tangan mesra.

Rigid itu berlaku. Tetapi bukan untuk membanggakan. Perliku indah budi bahasa sempurna.

Mana nak cari? Tak ada jual. Bukan ada harga. Limited edition pun ada jual. Ini memang tak ada. Kalau betul2 nak. Kau kena jadi imam dahulu.

Aku sedang sebut tentang menikahi seorang wanita.

Aku minta yang membaca. Doakan aku and bidadari. Agar kami dirahmati dan terus mendapat limpahan aku mohon. Doa kalian

P/s- burberry cake vs chocolate cake. Awesome.


With love.

Sunday, June 17, 2012

Pernah penat?

Aku tak kenal penat. Aku tak faham sangat erti penat. Maksud aku. Penat untuk menyangi seseorang yang kau sendiri tahu. Layak sungguh dia menyayangi dan disayangi. Kau akan penat ke? aku berani jamin aku letak 100% keyakinan. Kau tak akan kalah dan mudah penat. Kau akan jadi kuat. Sampai mati.

Bidadari. Jangan kira berapa bulan kau akan gembira sebab aku takut kau penat nak kira berapa kali dah kau bahagia. Aku buktikan.

Thursday, June 14, 2012

Imam.

Proses pembelajaran jadi imam sampai mati tak akan habis. Baik kita mula sekarang. Tak akan nak isteri pula menjadi imam. Lelaki harus jadi imam. Dan setiap manusia tanggunjawabnya menjadi khalifah.


Bila kau selalu cakap aku akan jadi imam. Aku akan pastikan kau jadi makmumku. InsyaAllah.

Buat apa saja. Niatkan kerana Allah. Allah tahu segala boleh selesai senuanya. InsyaAllah.

With love

Wednesday, June 13, 2012

Buah manis

Sangat. Indah aku rasa. Bahagia milik aku. Akan datang dugaan tapi aku bersyukur. Allah masih kuatkan hati ini. Allah bagi seorang bidadari untuk teman. Aku dihargai. Aku disayangi. Aku dibelai manja dengan penuh kejujuran. Aku boleh jadi diri sendiri.

Aku paku dalam2. Agar pagar taman permainan itu tidak dapat dimasuki orang. Biar mereka jenguk saja. Sebab yang rasa bahagia itu aku. Yang merasa kecintaan itu aku. Aku mahu mereka semua tahu. Pelengkap kadang kala muncul depan mata. Kena bukak luas2. Sebab apa? Pelengkap adalah satu lengakap untuk sesuatu kekurangan. Betul.

Terimakasihakuterlalubanyaksebabpengorbanankautakternilai.

Sekali aku kata aku setia dan sayang. Aku buktikan yang manusia memang berpegang pada janji. Sentiasa.

Gadiskerdil.

With love.

Monday, June 11, 2012

Kalau kedepan.

Kalau dah maju kedepan. Jangan asyik fikir nak kebelakang. Jenguk tak apa.

Aku cakap berdasarkan apa yang aku alami. Kalau aku tak bergerak ke depan. Aku tak pasti sama ada aku akan berlajar bertanggungjawab atau tidak. Nubgkin aku akan terus leka. Maklumlah. Dunia ni macam2 benda salah. Dan yang salah itu juga yang seronok.

Pernah seseorang cakap. Benda sedap memang susah nak lepas tapi lambat laun benda sedap itu akan makan diri kita sendiri. Aku senyum.

Terima kasih sebab tak berlari lagi. Kau cakap kau dah berhenti dan penat berlari. Tak apa. Biar aku dukung kau. Kita jalan perlahan2. Kita dah nampak arah tuju dan kita tahu and yakin Allah penentu segalanya. Kita jalan je sama2. Kalau betul jalan kita. Pasti sampai. Dugaan tetap datang. Kau teman aku aku teman kau. Kita kuat sama2 . Siapa jentik kau kita duku kepala dia siapa lukakan kau kita trmbak hati dia. Aku bukan hebat mana. Kalau bercerita penuh dengan metafora perkataan yang sedia ada kita belajar. Ilmu cetek bercerita macam tahu semua. Aku tahu aku sebenarnya kosong. Dan aku juga tahu dalam kosong aku, aku jarang mengaku kalah dan jarang berserah tanpa usaha. Hari ni aku dapat rasa. Murah rezeki aku. Secepat mungkin halal bagi diri aku.

P/s- saya hanya nak belajar jadi imam. Awak jadi makmum ya? Berjemaah bersama2 biar sampai mati kubur masih dalam saf solat. Saya didepan awak dibelakang. InsyaAllah.

Bidadari.


With love

Bara

Bila kau nak berubah kepada kabaikkan. Percaya cakap aku. Anasir negatif ni akan berkerumun dekat kau. Mengadu je dengan Allah. Allah maha mendengar. Yakin akan kebesaran Allah. Kelak bahagia dunia akhirat. Cuma jangan hanya mengadu masa susah. Masa senang kau tinggalkan. Itu bukan caranya. Bersyukur setiap nikmat yang diberikan. InsyaAllah bahagia.

Jom. Hijrah

Sunday, June 10, 2012

Jelik

Kalau kita pernah ada zaman gelap jangan terkejut kalau orang sekeliling yang sokong and ada masa zaman gelap kau menghantui zaman terang kau.

Tadi aku berbotak dengan orang yang dah berumah tangga orang yang baru hendak berumah tanggan dan seorang yang hampir ke vice versa.

Agama diletakkan pada nombor satu. InsyaAllah bahagia.

Alhamdulillah juga yang aku ada sekarang meletakkan Allah pada nombor satu.

Yang aku ada sekarang menjadikan diri aku hampir ke gerbang atau boleh dikatakan langkah seterusnya. Halal pada agama. Pada Islam.

InsyaAllah.

With love

Saturday, June 9, 2012

Depan sana,

Masa depan adalah sesuatu yang diluar jangkaan kita.Sangat luar jangkaan kita. Ingat satu perkara. Usaha itu milik kita. Hasilnya milik Allah S.W.T.. Allah tak pernah mungkir janji. Allah kata bagi. Allah akan bagi. Manusia je. Dengan mak ayah pun mungkir janji. Teruk. With love

Lelaki syurga

Aku pasti semua orang ada bapa. Hanya seorang saja yang tiada ayah. Aku pasti ayah adalah punca kekuatan korang. Ya begitu juga aku. Ayah hero syurga aku.

Ayah sakit. Aku jatuh. Tapi aku tak putus asa. Selagi penyakit itu bukan mati pasti ada ubat. Aku tak putus asa.

Ayah. Angah bukan anak yang baik. Perilaku angah bukan dari golongan beriman. Angah tak mampu buat apa saja. Tapi ayah tetap sokong.

Ayah. Angah syukur tuhan bagi pinjam ayah. Angah syukur tuhan masih beri peluang untuk angah balas jasa baik ayah. Terima kasih Allah.

Ayah. Terima kasih didik angah and abang untuk jadi imam. Terima kasih banyak ajar kani Al-Quran dan sunnahh panduan hidup. Terima kasih sebab tak pernah sekali ayah menyesal besarkan kami. Ayah tak pernah abaikan kami. Dari kecil apa saja kemahuan kami ayah beri. Ayah susahkan diri ayah ayah sakitkan diri ayah untuk besarkan kami. Ayah buang waktu lapang ayah ayah buang segala hobi ayah untuk lihat kami berlari melompat tinggi. Ayah hero angah.

Kita bukan orang senang tapi angah merasa kesenangan itu. Ayah. Angah minta Allah makbulkan doa ayah untuk ke tanahbsuci mekkah dengan mak. Angah doa ayah.

Hari ini. Ayah sakit. Ayah jangan risau. AYah rehat. Dah cukup 54 tahun ayah berkerja dengan tulang itu ayah. Biar angah balas jasa ayah. Biar angah belajar ada tanggungjawab ayah. Sebab Allah janji. Kalau kita jaga ibubapa kita. Syurga.

Ayah. Angah buat sehabis baik. Angah tak perlukan masa lapang untuk keluar. Angah nak sentiasa disisi ayah. Angah nak peluk cium ayah hari2. Angah nak baring sebelah ayah. Angah nak manja dengan ayah. Sebab angah hanya ada satu ayah.

Ayah. Terima kasih sebab jadi imam kami.


Air mata aku mengalir. Hero syurga aku sakit. Kawan2 jaga mak ayah kita. Itu harta paling tinggi nilainya. Sampai syurga.

Kawan2. Doakan ayah aku sihat.

With love.

When.

I dont when was the last time i miss you because out of sudden. I really miss you. Thank you.

Ps- Al-Taqwa, this is the end for me. Alhamdulillah. Allah almighty.

Being adult.

Responsibility. Love. Care. Emotional control. Managing stress.

All of this will be more easier when you act and think with positive thinking. Yes. It is hard but just do it. Don't ever try. Try is only use for word not an action. Don't believe me? Try to hold your ear. Try. For sure you can't.

So. Please. Just do it. Ignore tries.

Berlari.

Dia kata dia dah tak nak berlari. Dia nak jalan sama2 dan seiringan. Aku okay. Kalau dia lari pun. Tak salah aku kejar. Sebab aku tahu. Pengakhiran larian itu pasti kami dipuncak tertinggi dalam gerbang yang halal.

P/s- aku tak minta apa2. Cuma doa je cukup.

Friday, June 8, 2012

Bagus kalau tak bagus.

Melodi perkataan tak jarang sangat boleh diubah suai. Ritma kehidupan jarang benar seronok sebab apa?

Kita sendiri pun tak pandai nak menilai kehidupan. Boleh belajar dan belajar tapi kalau belajar tak gunakan rugi.

Ilmu bersepah bila bercakap bagai seorang pendita tapi bila orang buat salah kita sewenang2nya nak tibai dan gelakkan. Ilmu apa yang kau belajar tu kawan?
Jangan. Hari ni kita sibuk gelakkan orang takut nanti seumur hidup orang gelakkan kita. Masing2 ada kehebatan apatah lagi kekurangan? Memang banyak. Apa kata kita kongsi kehebatan kita betulkan kekurangan. Seronok weh. Proses pembelajaran. Mana ada bosan. Kalau hari2 kita belajar benda baru aku jamin kau akan penat tapi kau rasa nikmat.

Banyak dah aku belajar dari jatuh bangun. Sampaikan aku dah siapkan segala peralatan untuk jatuh sebab aku tau. Jatuh itu pasti. Naik itu pasti itu pun kalau kita nak naik la. Kalau kita sendiri nak baring tak berusaha nak naik jangan pulak salahkan takdir. Nanti takut lemah tak bermaya bila jumpa tuhan.

Allah beri aku peluang lagi. Kali ni aku nak buat lagi terbaik. Bidadari disisi tunggu masa halalnya. Kalau betul jalannya. Pasti ada. Bina masjid tak senang tau. Kena ada imam dan makmum. Peralatan kena bagus. Biar kecik tapi ramai yang memeriahkan jangan gah tapi tiada yang mengimarahkannya. Masjid rumah Allah. Kalau betul apa doa kau pasti makbul.


*gementar jiwa tapi senyuman ibu yang menjaga dan restu diberikan. InsyaAllah jodoh itu kuat. Perfume enchanted. Sesuai.



With love.

Tuesday, June 5, 2012

Sebab begitu

Seiring berjalan. Masing2 mahu perubahan. Semua orang perlu perubahan. Semua orang diberi peluang untuk berubah. Dan masa aku mula berubah kau muncul. Kau tak minta untuk dikejar. Kau tak minta untuk aku usaha. Aku. Aku yang mahukan sepenuh usaha. Bidadari. Agaknya kalau aku biarkan kau berlari tanpa usaha aku mengejar. Pasti sekarang aku masih duduk di kerusi hitam dan menaip keyboard komputer dengan perasan marah. Marah pada diri sendiri.


Ps- masjid al-taqwa. Seiring mahu menyembah. Aku jatuh hati.
Bakal makmumku.


With love.

Lebar.

Aku tak menyerah kalah. Kalau betul. Jalan ini pasti mudah. Cuma depan itu banyak lagi bengkang bengkok. Kalau rezeki. Macam mana pun pasti dimiliki. Masjid al- taqwa. Jadi saksi. Amin


Gadis kecil.

With love.

Saturday, June 2, 2012

Question and Mark.

i fall for her Islam. i dont do any effort im useless. but still. im happy. so in a long of LDP there is someone who i always prepared to fight for. Executive.

Dulu. malu.

Bila aku baca balik tulisan aku yang lama. peh. Banyak betul makian aku keluarkan. Tolong baca yang baru sahaja. Maaf. Aku baru nak ada tiang.

Ayat hebat.

Mana semua penulisan2 hebat? Lama aku tak baca. Semua dah lupa ke sini tempat curah idea yang tak perlukan sebarang kritikan? Hilang.


With love

Ribut. Belantara sebenarnya.

Betul setiap manusia ada deria rasa sendiri. Setiap manusia ada cara tersembunyi dan yang hakiki banyak yang ketara. Kita masing2 tahu apa asal usul. Mungkin kau lebih mahir dalam menyusun kata kau lebih mahir dalam merangka masa dan kau seorang yang sangat teliti dengan kesempurnaan. Aku? Yes. Kosong. Aku tak ada apa2. Kelebihan apa pun aku tak ada. Wang? Harta? haha aku mampu gelak dan mampu gelengkan kepala cuma mungkin aku ada satu kelebihan. Punyai orang yang menghargai punyai orang yang hidupnya menjadi penyembah.

" En Bam ". Tersenyum

With Love

Bilik Terang

Baru aku faham. Nak jumpa cahaya kena cari kegelapan dulu. Nak jumpa yang betul kena jumpa yang salah dulu. Kalau macam itu. Allah makbulkan permintaanku. Amin