Sunday, December 10, 2017

Peneman Hidup.

Sejak awan mulai menurunkan hujan.
Bumi kembali basah dan nyaman.
Sejam awan mulai menyejukkan.
Manusia semua terasa nyaman.

Wahai isteriku.
Tidak ternilai pengorbananmu.
Tidak ternilai cara dan tingkahlakumu.
Tidak ternilai penyampian kamu sebagai isteriku.

Terima kasih.
Sudi meneman.
Aku hargai dengan doaku.

Friday, December 8, 2017

Jual Maruah

Kalau dulu.
Kau tutup segala ruang mahkota yang kau ada.
Kalau dulu.
Kau sembunyi semua jalur rambut yang terkeluar.
Kalau dulu.
Kau beritahu satu dunia. Aku ikut perintah Yang Tidak Mati.

Tapi itu dulu.
Hari ini, kau buka semula rambutmu menjadi tatapan manusia.
Hari ini, kau buka semua mahkota yang menjadikan kau istimewa.
Hari ini, setiap inci kaki dapat dilihat oleh ajnabi.

Mungkin dulu kau tutup kerana manusia.
Mungkin dulu jalan kau pilih kerana manusia.

Sebab itu kita kena letakkan Yang Maha Pencipta sebagai punca segala.
Yang membawa erti semuanya.

Berhenti jadi orang yang hari ini.
Berhenti sebelum nafas terhenti